
BERITA| KPM Sedang Muktamad Garis Panduan Pengurusan Sekolah Selamat Baru
Kementerian Pendidikan minta semua sekolah kendaliannya untuk memastikan pematuhan Garis Panduan Pengurusan Sekolah Selamat yang sedang berkuatkuasa.
Pihaknya juga sedang muktamadkan garis panduan baru susulan beberapa kejadian kemalangan yang berlaku di sekolah, baru-baru ini.
KPM turut dapatkan pandangan pakar termasuk Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara, NIOSH bagi tambah baik tatacara keselamatan penggunaan kenderaan di sekolah.
Sementara itu, kerajaan Johor akan tubuhkan jawatankuasa khas bagi teliti aspek keselamatan di sekolah susulan insiden murid maut dilanggar van di depan sekolah di Batu Pahat, semalam.
Jabatan Pendidikan Negeri juga sudah mengadakan pemantauan ke sekolah berkenaan dan ke rumah ibu bapa mangsa bagi menyantuni keluarga terbabit.
Dalam perkembangan berkaitan, pemandu van yang melanggar murid perempuan berkenaan direman 3 hari untuk siasatan.