
Kementerian Pendidikan sedia pertimbang cadangan bagi menempatkan anggota keselamatan di sekolah bagi memperkukuh aspek keselamatan di insitusi pendidikan.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata Garis Panduan Pengurusan Sekolah Selamat sedang dimuktamadkan bagi menambak baik garis panduan sedia ada.
Ia susulan dua kemalangan maut melibatkan murid di dalam kawasan dan berdekatan sekolah di Kelantan dan Johor, baru-baru ini.
__
Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu atas pertuduhan membunuh penuntut kolej berusia 19 tahun, hujung bulan lalu.
Namun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh memandangkan kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun dan sebatan.
Mahkamah menetapkan 2 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula dan pengurusan kes.
__
Dan, Malaysia kini berada di kedudukan ketiga di Asia Tenggara di belakang Indonesia dan Vietnam, bagi serangan siber berbentuk ‘exploit’.
Ia merujuk kepada program atau kod yang dicipta oleh penggodam, yang ambil kesempatan daripada kelemahan dalam perisian untuk mendapatkan akses ke sistem tanpa kebenaran.
Dapatan terbaharu daripada syarikat keselamatan siber global juga menunjukkan Malaysia catat lonjakan 40 peratus serangan siber berkenaan, tahun lalu.