Skip to main content
BERITA| KPM Perluas Pemasangan CCTV Ke Lebih 300 Sekolah Asrama

 

BERITA| KPM Perluas Pemasangan CCTV Ke Lebih 300 Sekolah Asrama

Pemasangan CCTV diperluas ke lebih 300 sekolah berasrama tahun ini. 

Menteri Pendidikan berkata ia bagi memperkukuh aspek pemantauan dan keselamatan murid dalam usaha tangani isu buli. 

Tambah Datuk Seri Fadhlina Sidek, 300 pembantu warden MySTEP turut ditempatkan mulai April lepas bagi bantu memantau murid di asrama khususnya pada waktu malam. 

Bagaimanapun KPM tidak boleh berpuas hati dengan usaha dilaksanakan dan perlu sentiasa menilai serta memperbaiki kelompongan, selagi ada murid yang belum berasa selamat di sekolah. 

Sementara itu, pengambilan bekas anggota tentera sebagai warden sepenuh masa akan diperluaskan ke semua 58 MRSM mulai 1 Januari 2027. 

Menurut pengerusi MARA, ia sebagai usaha drastik mengekang gejala buli dan masalah disiplin di asrama. 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda