Skip to main content
BERITA| KPM Cadang Wajibkan Kanak-Kanak 6 Tahun Ke Tahun 1 Pada 2029

 

BERITA| KPM Cadang Wajibkan Kanak-kanak 6 Tahun Ke Tahun 1 Pada 2029

Kementerian Pendidikan bercadang mewajibkan kemasukan kanak-kanak berusia 6 tahun ke Tahun Satu pada 2029. 

Ia selepas KPM beri pilihan kepada ibu bapa untuk daftarkan anak masing-masing bagi sesi persekolahan 2027 dan 2028. 

Jelas Ketua Pengarah Pendidikan, tempoh 2 tahun itu akan dimanfaatkan bagi memastikan persediaan pelaksanaan dasar tersebut dilakukan secara berterusan sebelum ia diwajibkan. 

Setakat ini, KPM terima kira-kira 73,000 hingga 74,000 permohonan bagi kemasukan kanak-kanak berusia 6 tahun ke Tahun Satu pada 2027. 

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda