Skip to main content
BERITA| Kos Ibadah Haji Musim Ini Kekal - TH

Jemaah Haji Malaysia tidak perlu bimbang dengan kos menunaikan ibadah haji musim ini. 

Tabung Haji jamin kos ibadah berkenaan kekal pada kadar RM33,300 meskipun berdepan risiko ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat. 

Jelasnya lagi, perjanjian sedia ada telah mengambil kira kemungkinan kenaikan harga minyak. 

Bagaimanapun jika konflik Asia Barat berpanjangan dan menjejaskan harga minyak, kos haji pada masa depan mungkin disemak semula. 

..... 

Pembayar cukai tidak perlu kemuka pindaan Borang Nyata Cukai Pendapatan Tahun Taksiran 2025 jika menanda ruangan yang berbunyi “cukai ditanggung oleh majikan”. 

LHDN berkata perbuatan itu boleh menyebabkan bayaran balik lebihan cukai kepada pembayar tertangguh dan ia akan diproses secara berperingkat. 

..... 

Angkatan Pertahanan Awam melancarkan Op Prihatin bermula esok hingga 29 Mac depan bagi membantu pengguna jalan raya sepanjang musim perayaan. 

Operasi ini memberi tumpuan rondaan di laluan utama dan kawasan panas serta menyediakan bantuan kecemasan, kemalangan dan khidmat sokongan. 

..... 

Dalam pada itu, Sarawak mengumumkan satu hari cuti tambahan sempena sambutan Aidilfitri tahun ini dengan tarikhnya tertakluk kepada pengisytiharan 1 Syawal. 

..... 

Sementara itu, Negeri Sembilan membatalkan penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri 2026 Peringkat Negeri yang dijadualkan berlangsung pada 4 April ini. 

..... 

Dan polis sahkan punca kematian bayi lelaki di taska sebuah hospital di Pulau Pinang baru-baru ini dikenal pasti sebagai lemas. 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda