Skip to main content
BERITA| Kes tikam rakan sekolah: Ada kelompangan pembelian senjata dalam talian – KP Selangor

 

Polis akui masih terdapat kelompangan dari segi penguatkuasaan terhadap pembelian senjata tajam secara dalam talian oleh golongan bawah umur.

 

Ketua Polis Selangor berkata ia sekali gus membuka ruang kepada suspek tikam rakan sekolahnya di Banting mendapatkan barangan tersebut.

 

Sehubungan itu, pihaknya masih dalam proses memastikan mereka yang di bawah umur tidak mempunyai akses, selaras dengan hasrat kerajaan menerusi penggubalan akta baharu.

 

Dalam pada itu, polis akan mohon lanjutan reman terhadap pelajar perempuan berusia 15 tahun terbabit, esok bagi membolehkan siasatan dilengkapkan.

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda