Skip to main content
BERITA| Kes Seludup Dadah Guna Pesawat TUDM Satu Pengkhianatan Serius

 

BERITA| Kes Seludup Dadah Guna Pesawat TUDM Satu Pengkhianatan Serius

Perdana Menteri sifatkan kes penyeludupan dadah guna pesawat TUDM sebagai satu bentuk pengkhianatan serius terhadap keselamatan negara yang tidak boleh dikompromi.  

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu pencerobohan keselamatan sempadan dan ketirisan aset strategik kerajaan itu jadi antara fokus utama dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini. 

Tegas beliau, kerajaan pandang berat ancaman jenayah terancang yang disifatkan sudah berakar umbi sejak puluhan tahun lalu dan tidak boleh lagi dianggap kes terpencil.  

Beliau juga telah dapatkan jaminan daripada Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan agar pemantauan rapi dan tindakan tanpa kompromi dilaksanakan segera. 

Hari ini, 3 pegawai TUDM dan 3 orang awam didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan mengedar dadah kira-kira 96 kilogram.

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda