Skip to main content
BERITA| Kerajaan tingkat kesiapsiagaan berdepan risiko El Nino

Kerajaan mengarahkan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyelaras sesi libat urus serta taklimat berhubung risiko fenomena El-Nino kepada semua kerajaan negeri.  

 

Perdana Menteri berkata keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara, MTEN susulan kebimbangan terhadap impak fenomena tersebut.  

 

El-Nino dijangka bermula bulan ini dan berlarutan sekurang-kurangnya hingga pertengahan tahun depan.  

 

Fenomena itu berpotensi menyebabkan cuaca lebih panas serta pengurangan taburan hujan antara 40 hingga 60 peratus di beberapa negeri.  

 

Keadaan itu boleh menjejaskan bekalan air, meningkatkan risiko jerebu, menekan kesihatan awam serta menjejaskan pengeluaran tanaman makanan dan komoditi. 

__ 

 

Kementerian Pengangkutan minta mana-mana pihak yang mempunyai bukti salah laku anggota JPJ termasuk terima suapan digesa buat laporan kepada SPRM. 

 

Ia susulan dakwaan pemandu e-hailing terpaksa bayar anggota JPJ RM800 kerana kesalahan buat tempahan bagi pihak ketiga, yang tular di media sosial. 

__ 

 

Dan, Jabatan Pendidikan Perak menjelaskan insiden melibatkan seorang guru disiplin dengan sekumpulan murid sebuah sekolah di Kuala Kangsar yang tular, berpunca daripada provokasi. 

 

Difahamkan juga, ia berlaku ketika pemeriksaan penampilan murid yang mana ada dikesan langgar peraturan berkaitan warna rambut, dan dakwaan guru itu ditumbuk adalah tidak benar. 

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda