Kerajaan terus memantau situasi pasukan sukarelawan Global Sumud Flotilla yang kini berada kira-kira 340 batu nautika dari pantai Gaza dan berisiko dipintas rejim Zionis.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan berhubung dengan Jordan dan Arab Saudi bagi mendapatkan perkembangan terkini peserta.
Untuk rekod, misi kemanusiaan itu melibatkan hampir 500 peserta antarabangsa dari 45 negara termasuk 29 rakyat Malaysia.
.....
Dalam perkembangan lain, kerajaan akan memperkukuh kawalan dan penguatkuasaan penggunaan ‘fleet card’ bagi mengekang ketirisan subsidi diesel dan petrol.
KPDN memaklumkan perkara terbabit akan dilaksanakan menerusi penggubalan peraturan khusus di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
......
Majlis Amanah Rakyat akan membuka tawaran pembiayaan kepada pelajar baharu yang berminat mengikuti Program Kadet Juruterbang.
Pengerusi MARA berkata keutamaan akan diberikan kepada pelajar tahfiz daripada aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
.....
Sultan Pahang menzahirkan hasrat menjadikan Kampung Bantal, Ulu Tembeling di Jerantut sebagai Kampung Diraja pertama di negeri itu.
.....
Dan sekurang-kurangnya 8 orang maut dan puluhan yang lain cedera selepas kereta api barang merempuh sebuah bas awam hingga terbakar di Bangkok, semalam.