
BERITA| Kerajaan Teliti Sistem Subsidi Bersasar Diesel
Kementerian Kewangan dijangka serahkan laporan lanjut mengenai inisiatif itu minggu depan.
Pengguna diesel dijangka terima berita gembira dalam masa terdekat berkenaan impak krisis tenaga global.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Kewangan untuk teliti segera pelaksanaan sistem subsidi bersasar bagi diesel..
Tambah beliau, Kementerian Kewangan dijangka serahkan laporan lanjut mengenai inisiatif itu minggu depan.
Dalam pada itu, Malaysia tidak melaksanakan Mekanisme Harga Automatik untuk bahan api seperti dakwaan yang viral di media sosial.
Sebaliknya Menteri Komunikasi berkata kerajaan mengekalkan dasar semasa dengan mengumumkan perubahan harga bahan api setiap petang Rabu.