
BERITA| Kerajaan Teliti Penambahbaikan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan
Cadangan penambahbaikan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan khususnya berkaitan penutupan sekolah ekoran jerebu sedang diteliti.
Menurut Perdana Menteri, ia merangkumi persediaan awal KPM bagi memastikan proses pembelajaran dapat diteruskan sekiranya sekolah terpaksa ditutup selama beberapa hari.
Tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim, kesihatan anak-anak mesti jadi keutamaan dengan langkah yang teratur bagi memastikan pelajaran mereka tidak terjejas.
Beliau turut beri jaminan bahawa keperluan peruntukan bagi operasi pembenihan awan akan dipenuhi sebagai usaha mengurangkan jerebu.