Skip to main content
BERITA| Kerajaan sedia tanggung kos subsidi bahan api sehingga RM45 bilion setahun – PM Anwar

 

Kerajaan sedia tanggung kos subsidi bahan api sehingga RM45 bilion setahun bagi mengekalkan harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter.

 

Perdana Menteri berkata ia bagi melindungi kesejahteraan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana daripada kesan kenaikan harga bahan api dalam pasaran global.

 

Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menolak pandangan pemberian subsidi tinggi menyebabkan rakyat terlalu bergantung, sebaliknya ia penting untuk kesejahteraan rakyat dan pertumbuhan ekonomi negara.

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda