
BERITA| Kerajaan Sedang Perhalusi Pendekatan Subsidi Bersasar
Kerajaan sedang perhalusi pendekatan subsidi bersasar antara golongan layak menerima bantuan dan mereka yang wajar dikeluarkan daripada sistem subsidi sedia ada.
Menteri Ekonomi berkata ia penting bagi memastikan bantuan disalurkan tepat kepada kumpulan sasaran tanpa beri kesan mendadak kepada rakyat yang masih perlukan sokongan.
Jelas beliau, beberapa data dan dimensi sedang dipertimbangkan termasuk aspek pendapatan dan faktor lain sebelum keputusan dimuktamadkan.
Terdahulu, Perdana Menteri maklumkan kerajaan masih teliti mekanisme terbaik berhubung cadangan semakan semula subsidi petrol bagi golongan berpendapatan tinggi.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelannya akan diumumkan pertengahan bulan ini dengan kerajaan belum muktamadkan sama ada ia akan libat kumpulan T20, T15 atau kategori lain.