Skip to main content
BERITA| Kerajaan Sarawak Pantau Keadaan Jerebu

 

BERITA| Kerajaan Sarawak Pantau Keadaan Jerebu

Kerajaan Sarawak terus pantau keadaan jerebu yang melanda beberapa kawasan di negeri itu.

Pihaknya belum rancang untuk laksanakan operasi pembenihan awan buat masa ini kerana terdapat kemungkinan hujan turun beberapa hari akan datang.

Dalam pada itu pakar perubatan kesihatan awam menasihati orang ramai sentiasa amalkan langkah penjagaan kesihatan bagi hadapi jerebu. 

Jelas Dr Muhamad Hazizi Muhamad Hasani, ia terutamanya mereka yang perlu bekerja di luar.

Beliau turut menasihati mereka yang berdepan gejala penyakit akibat jerebu seperti sesak nafas yang teruk dan sakit dada supaya segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan.

8 kawasan di Sarawak kini merekodkan IPU tidak sihat antaranya Serian, Samarahan, Kuching dan Sarikei. 

Manakala 3 kawasan di Semenanjung iaitu Putrajaya, Cheras dan Shah Alam.

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda