Skip to main content
BERITA| Kerajaan Johor Pandang Serius Kes Kematian Pelajar Di Yong Peng

 

BERITA| Kerajaan Johor Pandang Serius Kes Kematian Pelajar Di Yong Peng

Kerajaan Johor pandang serius insiden kematian seorang pelajar perempuan Tingkatan 4 di sebuah sekolah di Yong Peng, semalam. 

Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat telah diminta berikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa sepanjang proses siasatan dijalankan. 

Ia termasuk menyalurkan sokongan sewajarnya kepada keluarga mangsa dan komuniti sekolah yang terkesan. 

Kerajaan negeri serahkan sepenuhnya kepada polis dan pihak berkuasa berkaitan untuk jalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca kematian pelajar itu.

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda