Skip to main content
BERITA| Kerajaan Akan Mansuhkan AUKU

BERITA| Kerajaan Akan Mansuhkan AUKU

Kerajaan akan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 , AUKU. 

Jelas Perdana Menteri, ia bagi memberi kebebasan dan ruang demokrasi yang lebih luas kepada gerakan mahasiswa di negara ini. 

Datuk Seri Anwar Ibrahim tegaskan, langkah itu diambil susulan memorandum dan pandangan oleh kepimpinan mahasiswa yang mahukan perubahan menyeluruh terhadap akta berkenaan. 

Sementara itu, pelajar yang terima tawaran kemasukan ke IPTA tetapi berdepan masalah kewangan diminta hubungi institusi berkenaan atau KPT bagi mendapatkan bantuan.  

Menteri Pendidikan Tinggi berkata perkara paling penting adalah memastikan pelajar terbabit mendaftar dan meneruskan pengajian.  

Tahun ini, kira-kira 82,000 pelajar lepasan STPM dan setara ditawarkan tempat pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di 20 universiti awam. 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda