
BERITA| Kemas Kini Sistem Operasi Telefon Mudah Alih Masing-Masing
Orang ramai diseru supaya kemas kini sistem operasi telefon mudah alih masing-masing untuk terima amaran kecemasan menerusi Sistem Amaran Awal, EWS.
Menurut MCMC, sistem amaran kecemasan negara itu sedang dilaksanakan secara berfasa dengan menggunakan teknologi Cell Broadcast System, CBS.
Teknologi itu membolehkan amaran kecemasan dihantar serentak kepada telefon mudah alih yang serasi dalam kawasan geografi dikenal pasti tanpa perlu muat turun aplikasi, mendaftar atau melanggan perkhidmatan khusus.
MCMC turut saran pengguna pasang kemas kini perisian terkini yang tersedia, memulakan semula telefon selepas proses kemas kini dan pastikan tetapan Amaran Kecemasan diaktifkan.
Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Komunikasi maklumkan ujian simulasi EWS akan dijalankan di kawasan Bangunan Parlimen, Isnin depan sebelum ia dilaksanakan serentak di seluruh negara pada 29 November.