Skip to main content
BERITA| Kelayakan BUDI95 Diselaraskan Kepada 200 Liter

 

 

BERITA| Kelayakan BUDI95 Diselaraskan Kepada 200 Liter

Bermula 1 April ini, kelayakan penggunaan BUDI95 akan diselaraskan sementara daripada 300 liter kepada 200 liter.

Menurut Perdana Menteri, keputusan itu diambil susulan kesan konflik yang semakin meruncing di Asia Barat terhadap bekalan dan harga tenaga global.

Bagaimanapun jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim, penyelarasan berkenaan tidak jejaskan sebahagian besar pengguna memandangkan majoriti rakyat guna kurang daripada 200 liter sebulan.

Beliau turut umum inisiatif BUDI95 kekal pada harga RM1.99 seliter dan had siling bagi e[1]hailing dan pekerja gig sehingga 800 liter turut dikekalkan.

Kerajaan juga mengekalkan harga diesel bersubsidi pada kadar RM2.15 seliter di Sabah dan Sarawak, namun menghadkan pengisian diesel berdasarkan jenis kenderaan pengguna.

Sementara itu, dalam mendepani krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat, kerajaan juga sedang pertimbang langkah tambahan termasuk menetapkan peraturan kerja yang lebih anjal.

Perdana Menteri berkata ia termasuk pelaksanaan bekerja dari rumah secara berperingkat bagi penjawat awam.

Beliau turut sarankan sektor swasta supaya laksanakan kaedah sama seperti yang telah diamalkan oleh beberapa syarikat dan institusi perbankan.

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda