Pendekatan MARA menempatkan bekas tentera di MRSM bagi tangani isu buli terbukti berkesan.
Menurut kajian satu universiti, terdapat penurunan mendadak babitkan kes disiplin dan buli di beberapa MRSM yang mempunyai rekod lampau sebelum ini.
Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata ia turut menyaksikan disiplin pelajar lebih baik dan beban guru berkurang.
__
Mahkamah Tinggi KL memerintahkan Datin Seri Rosmah Mansor bayar kira-kira RM67 juta kepada sebuah syarikat barangan kemas dari Lubnan.
Ia berhubung kehilangan 43 unit barang kemas yang didakwa dipinjamkan kepada isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu, 8 tahun lalu.
__
Dan, sistem MyDigital ID berpotensi menjadi mekanisme penting dalam membendung jenayah penipuan dalam talian yang semakin canggih dan kompleks.
Menurut Bukit Aman, platform itu dilengkapi ciri keselamatan tinggi yang sukar dipalsukan serta mampu memperkukuh proses pengesahan identiti pengguna.
Sebagai makluman, sebanyak RM34 juta wang daripada aktiviti scam atau penipuan berjaya diselamatkan, tahun lalu.