Skip to main content
BERITA| Kabinet setuju pinda akta, mahkamah boleh arah pesalah bayar pampasan kepada mangsa kemalangan, waris

 

Kerajaan bersetuju secara dasar dengan cadangan meminda Akta Pengangkutan Jalan.

 

Ia bagi membolehkan mahkamah memerintahkan pesalah kemalangan jalan raya bayar pampasan kepada mangsa atau waris sebagai hukuman tambahan, selain hukuman sedia ada.

 

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata ia turut merangkumi usaha memperkukuh Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya bagi meningkatkan keselamatan jalan raya.

 

Mekanisme baharu itu akan meliputi pelbagai kesalahan jalan raya termasuk pemanduan di bawah pengaruh alkohol atau dadah serta pemanduan melulu.

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda