Skip to main content
BERITA| JPN Sarawak Siasat Kes Murid Maut Terkena Renjatan Elektrik

 

BERITA| JPN Sarawak Siasat Kes Murid Maut Terkena Renjatan Elektrik 

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak jalankan siasatan dalaman selepas seorang murid maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika ambil wuduk di sebuah sekolah di Mukah. 

Ia bertujuan meneliti pematuhan aspek keselamatan di sekolah berkenaan. 

Kejadian tersebut turut menyebabkan seorang lagi murid cedera parah dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Susulan kes terbabit, Kementerian Pendidikan digesa segera melaksanakan audit pendawaian elektrik di semua sekolah. 

Ahli Parlimen Igan berkata, pemantauan terhadap fasiliti berkenaan penting terutamanya melibatkan sekolah daif di Sarawak.

Tambah beliau, audit itu bukan sahaja penting untuk cegah renjatan elektrik malah bagi mengurangkan risiko kebakaran akibat litar pintas.

 

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda