Skip to main content
BERITA| Jerebu: JPBNS Saran Tangguh Aktiviti Luar

Kerajaan Sarawak menangguhkan beberapa acara besar susulan kualiti udara yang tidak sihat di beberapa kawasan di negeri itu.

Pihaknya berkata ini termasuk Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak 2026 yang dijadualkan pada 30 dan 31 Ogos di Kapit.

Tambahnya, perkara itu sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan pendedahan kepada keadaan kualiti udara yang tidak sihat di negeri itu ketika ini.

......

Sementara itu, 4 kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemaraan Udara (IPU) pada tahap tidak sihat pagi ini.

Ini menyaksikan kawasan sekitar Serian mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 194, menghampiri paras bacaan sangat tidak sihat.

Manakala Johan Setia di Selangor, Sungai Petani di Kedah dan Taiping di Perak, masing-masing merekodkan bacaan IPU tidak sihat iaitu 157, 140 dan 121.

.....

Dalam pada itu, Sultan Pahang menitahkan solat hajat diadakan di seluruh masjid di negeri itu bagi memohon jerebu di Sarawak segera pulih.

.....

Polis rakam 92 keterangan saksi bagi bantu siasatan kes kematian seorang pelajar sekolah menengah yang ditemui meninggal di kediaman keluarganya di Setapak baru-baru ini.

.....

Dan media tempatan Thailand melaporkan siri letupan bom berlaku hampir serentak di beberapa lokasi di tiga wilayah Selatan Thailand sejak malam tadi.

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda