Skip to main content
BERITA| Jerebu berterusan: Semua sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan kekal ditutup

 

Semua sekolah di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan kekal ditutup hari ini berikutan jerebu. 

 

Menteri Pendidikan berkata, penutupan itu turut melibatkan sekolah di bawah PPD Hulu Langat dan Sepang di Selangor serta di bawah PPD Kuantan, Pekan dan Rompin, Pahang. 

 

Sekolah di kawasan PPD Tawau, Sabah dan PPD Serian, Sri Aman serta Lubok Antu di Sarawak juga ditutup. 

 

Menurut Datuk Seri Fadhlina Sidek, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah, PdPR akan dilaksanakan sepanjang tempoh penutupan sekolah.

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda