Skip to main content

Advertisement

BERITA| Jangan Beri Muka Kepada Pencuri Kabel MRT

Kementerian Dalam Negeri digesa laksana hukuman lebih berat kepada pencuri kabel MRT. 

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata perbuatan itu mengancam keselamatan orang ramai dan menjejaskan operasi pengangkutan awam. 

Sebelum ini, 4 individu ditahan selepas disyaki terlibat dalam kecurian kabel di Laluan Putrajaya yang menyebabkan gangguan perkhidmatan selama tiga hari. 

..... 

Dalam pada itu, rakyat Malaysia tidak perlu risau dengan konflik geopolitik di Asia Barat kerana ianya tidak menjejaskan penerbangan domestik ketika ini. 

Kementerian Pengangkutan berkata tiada penerbangan domestik yang dibatalkan setakat ini, malah banyak penerbangan ditambah menjelang Aidilfitri. 

..... 

MET Malaysia mengeluarkan ramalan cuaca khas sempena Aidilfitri bermula 20 Mac sehingga 22 Mac untuk masyarakat merancang perjalanan dengan selamat. 

Orang ramai boleh mengikuti laman media rasmi agensi untuk maklumat lanjut berkenaan ramalan cuaca yang akan dikemas kini dari semasa ke semasa. 

..... 

Sementara itu, Pasukan Gerakan Am memperketat kawalan sempadan untuk menghalang rakyat Thailand di Malaysia pulang menyambut Aidilfitri melalui jeti haram. 

..... 

Dalam pada itu, lebih 70 peratus tiket perkhidmatan ETS sempena Hari Raya Aidilfitri habis dijual setakat hari ini dengan kebanyakannya membabitkan destinasi luar dari Kuala Lumpur.  

..... 

Dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun putus beberapa jari dan cedera pada tapak tangan dipercayai akibat letupan mercun di Sungai Petani, Kedah. 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda