PDRM akan membangunkan sistem pemprofilan melibatkan pemandu, syarikat dan kenderaan perdagangan bagi perkukuh usaha banteras kes pemanduan di bawah pengaruh alkohol dan dadah.
Insiatif itu sedang diperhalusi sebagai antara cadangan bagi memperketat penguatkuasaan termasuk memastikan syarikat turut dipertanggungjawabkan atas pekerja mereka yang terlibat.
Ia ekoran trend peningkatan kes pemandu kenderaan perdagangan memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol, sekali gus mengundang risiko tinggi kepada keselamatan pengguna jalan raya.
Polis turut menasihati pemilik syarikat pengangkutan atau kenderaan perdagangan untuk melaksanakan pemantauan berkala termasuk ujian saringan air kencing bagi memastikan pekerja mereka tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah.