Tiada pihak dalam pengurusan tertinggi Prasarana akan terlepas daripada tindakan.
Ia susulan insiden tren LRT tergelincir berhampiran Stesen Chan Sow Lin, pagi tadi.
Menteri Pengangkutan berkata tindakan tegas termasuk pemecatan perlu dipertimbangkan terhadap mana-mana pihak yang didapati cuai dalam aspek keselamatan.
Dalam kejadian pagi tadi, sebuah tren LRT dilapor tergelincir berhampiran Stesen Chan Sow Lin namun kesemua 25 penumpang berjaya dipindahkan dengan selamat.
Susulan itu, Kementerian Pengangkutan menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat secara menyeluruh punca kejadian berkenaan.
APAD juga turut diarahkan untuk mengambil tindakan hukuman paling maksimum, selain membuka kertas siasatan serta-merta.
__
Etika kerja golongan OKU terus mendapat pengiktirafan dalam pasaran buruh.
Berdasarkan kajian Jabatan Perangkaan Malaysia, hampir 81 peratus majikan menilai prestasi mereka setanding dengan pekerja lain.
Jelasnya, hampir 22 peratus majikan kini menggaji pekerja OKU, sekali gus mencerminkan komitmen terhadap penglibatan golongan itu.
__
Dan, AADK akan mula menggunakan kit ujian khas bagi mengesan penggunaan pelbagai dadah sintetik bermula Jun ini.
Ia sebagai langkah memperkukuh penguatkuasaan dan pengumpulan data berkaitan ancaman dadah baharu.