Skip to main content
BERITA| Ibu bapa Perlu Waspada Jika Anak Mula Guna AI Sebagai Teman

 

BERITA| Ibu bapa Perlu Waspada Jika Anak Mula Guna AI Sebagai Teman

Ibu bapa perlu lebih waspada dan mengambil tahu sekiranya anak-anak mereka mula menggunakan AI sebagai teman berbual. 

Menurut Menteri Komunikasi, walaupun AI boleh bantu dalam mendapatkan maklumat dan pandangan namun teknologi itu bukan manusia dan tidak seharusnya dianggap sebagai teman. 

AI juga boleh memberikan maklumat yang tidak tepat selain maklumat yang digunakan oleh sistem berkenaan mungkin tidak semestinya terkini.

Bagaimanapun jelas Datuk Seri Fahmi Fadzil, ibu bapa tidak seharusnya melarang anak-anak menggunakan Internet secara keseluruhan, sebaliknya memastikan penggunaan dilakukan dengan kawalan dan pemantauan sewajarnya.

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda