
BERITA| Ibu Bapa Perlu Kawal Ketat Penggunaan Media Sosial Anak
Kerajaan secara dasarnya tidak melarang kanak-kanak daripada mengakses kandungan media sosial.
Bagaimanapun tegas Menteri Komunikasi, kawalan ibu bapa yang ketat mesti dilaksanakan kerana fokus utama kerajaan adalah menghalang interaksi antara kanak-kanak dengan individu dewasa yang tidak dikenali.
Datuk Fahmi Fadzil berkata demikian bagi mengulas kes seorang lelaki di Sabah yang dihukum penjara kerana memperkosa kanak-kanak yang dikenali melalui TikTok.
Dalam perkembangan berkaitan, lebih 100 tangkapan dilakukan dalam operasi khas sejak 2024 bagi mengekang ancaman jenayah siber termasuk eksploitasi kanak-kanak di platform digital.
Menurut MCMC, pihak berkuasa turut rampas kira-kira 270 peranti digital dan mengesan lebih 1.4 juta fail digital yang antaranya mengandungi bahan penderaan seksual kanak-kanak.