Skip to main content
BERITA| Ibu Bapa Dibenarkan Tidak Hantar Anak Ke Sekolah Ekoran Jerebu

 

BERITA| Ibu Bapa Dibenarkan Tidak Hantar Anak Ke Sekolah Ekoran Jerebu

Ibu bapa dibenarkan untuk tidak menghantar anak-anak ke sekolah jika bimbang mengenai kesihatan anak mereka susulan jerebu yang melanda negara ketika ini.  

Menteri Pendidikan berkata ibu bapa hanya perlu memaklumkan kepada pihak sekolah jika mengambil langkah sedemikian.  

KPM akan terus pantau bacaan IPU yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar  dan situasi semasa khususnya di kawasan terjejas.  

Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan tamatkan pengisytiharan darurat bagi seluruh Serian, Sarawak. 

Menurut Pejabat Perdana Menteri, keputusan itu dibuat ekoran perkembangan kualiti udara di Serian yang menunjukkan bacaan IPU tidak lagi berada di paras bahaya.  

Bagaimanapun, keadaan jerebu di Sarawak masih belum pulih sepenuhnya justeru, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak akan terus pantau keadaan dengan rapi.

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda