
BERITA| Hentikan Budaya Buli!
Budaya buli perlu dihentikan bagi memastikan institusi pendidikan melahirkan generasi yang kuat tanpa mengorbankan nilai kemanusiaan.
Tegas Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said, buli juga tidak boleh lagi dianggap sebagai tradisi, kaedah membentuk disiplin atau simbol kepemimpinan.
Justeru beliau menyeru orang ramai yang tahu mengenai kes buli atau diri sendiri merupakan mangsa buli supaya segera buat aduan.
Setakat ini, 55 laporan diterima oleh Tribunal Antibuli sejak ia dilancarkan Jun lalu.