Harga bahan makanan terpilih masih berada dalam julat terkawal meskipun tekanan input mula kelihatan ketika ini.
Menteri Ekonomi berkata bagi tempoh 20 hingga 22 April harga bahan tersebut misalnya telur, ayam dan daging lembu masih dalam trend pergerakan terkawal dengan perubahan harga kurang daripada 10 peratus.
Ujar Akmal Nasrullah Mohd Nasir, selain di peringkat runcit pemantauan juga mesti bermula daripada peringkat huluan iaitu baja, diesel, tenaga, bahan mentah, pengeluaran, pengangkutan dan pengedaran.
Menurut Akmal lagi, kerajaan juga akan meneruskan pemantauan dan intervensi bersesuaian bagi mengurangkan kesan kepada pengguna serta mengekalkan kestabilan harga.
__
Suspek kes pukul isterinya sehingga menyebabkan keguguran di Kedah minggu lalu kini direman tujuh hari untuk siasatan.
Lelaki berkenaan direman mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
Ia memperuntukkan hukuman denda dan penjara hingga tujuh tahun bagi kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan parah kepada seseorang.
Terdahulu, polis memaklumkan suspek adalah individu sama dalam kes pukul isteri hamil sehingga koma di Johor pada 2021.
__
Dan berdasarkan satu kaji selidik global, Malaysia berada dalam kelompok negara teratas dari segi kesediaan AI!
Ia disokong kadar penggunaan tinggi, kepercayaan awam yang kukuh serta pelaburan berterusan dalam ekonomi digital.
Rakyat Malaysia juga antara paling optimistik terhadap AI, dengan 80 peratus yakin teknologi itu akan ubah kehidupan mereka secara ketara, manakala 76 peratus teruja dengan potensinya.