Skip to main content
BERITA| Gempa bumi Venezuela: Tiada rakyat Malaysia terjejas – Wisma Putra

Semua rakyat Malaysia yang berdaftar di Venezuela berada dalam keadaan selamat susulan kejadian gempa bumi kuat yang melanda negara itu.

Wisma Putra memaklumkan pihaknya juga sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan akan pantau perkembangan situasi.

Terkini, jumlah angka korban meningkat kepada lebih 230 orang manakala kira-kira 4,500 lagi cedera dalam kejadian berkenaan.

__

 

Kementerian Pendidikan Tinggi menegaskan kemasukan pelajar ke universiti awam, UA tidak pernah dibuat berdasarkan sentimen politik atau “pintu belakang”.

 

Timbalan Menterinya, Adam Adli berkata ia sebaliknya tertakluk kepada syarat serta merit kelayakan yang ditetapkan berasaskan sistem pendidikan negara.

 

Ia sekali gus tepis dakwaan kononnya wujud laluan khas atau kelonggaran syarat bagi kemasukan keUA termasuk bagi pemegang Sijil Peperiksaan Bersepadu, UEC.  

__

 

Dan, hampir 31 peratus atau lebih 13,300 individu berjaya memperoleh pekerjaan semula hasil intervensi pasaran buruh yang dilaksanakan kerajaan.

 

Menurut Kementerian Sumber Manusia, jumlah itu berdasarkan statistik PERKESO sehingga 12 Jun lalu, yang juga berjaya direalisasikan melalui portal MYFutureJobs.

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda