
BERITA| Gangguan Perkhidmatan Microsoft Bukan Serangan Siber
Gangguan perkhidmatan Microsoft yang berpotensi jejaskan pengguna seluruh dunia termasuk Malaysia disahkan berpunca daripada masalah teknikal, bukannya serangan siber.
Menurut Agensi Keselamatan Siber Negara, NACSA gangguan itu melibatkan aplikasi utama antaranya Outlook, Teams dan SharePoint.
Justeru, NACSA saran semua agensi kerajaan dan entiti Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara supaya semak status perkhidmatan masing-masing yang terjejas.
Sementara itu, Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata setakat ini belum dimaklumkan kementerian atau jabatan yang terkesan akibat penggunaan aplikasi pengsetoran awan dan aplikasi awan Microsoft.
Terdahulu, Microsoft sahkan beberapa perkhidmatan aplikasinya alami gangguan menyebabkan puluhan ribu pengguna gagal mengakses e-mel masing-masing.