Skip to main content
BERITA| Episode PRN Negeri Sembilan Bermula

Proses Penamaan Calon bagi PRN Negeri Sembilan ke-16 sudah selesai dengan terkawal dan tiada sebarang provokasi.

Antara nama besar yang sudah disahkan pencalonan oleh SPR ialah termasuk Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang akan mempertahankan kerusi di DUN Chennah.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hassan akan berdepan saingan satu lawan satu dengan calon PH, Dr Azizul Hakim Mahdi di DUN Rantau.

Dengan selesainya proses penamaan calon hari ini, maka bermulalah kempen 14 hari untuk merebut 36 kerusi sebelum hari pengundian pada 1 Ogos ini.

Ini menyaksikan lebih 800,000 pengundi yang terdiri daripada pengundi biasa, polis, tentera dan pasangan akan menunaikan tanggungjawab masing-masing.

..... 

Jabatan Imigresen memaklumkan kaunter perkhidmatan pasport di 10 cawangannya di seluruh negara akan ditutup sementara sehingga esok bagi kerja-kerja penyelenggaraan sistem.

Tambahnya, urusan permohonan pasport di kaunter, permohonan menerusi MyOnline Pasport dan percetakan pasport di cawangan yang terlibat tidak dapat dilaksanakan.

.....

Siasatan awal terhadap kejadian seorang pelajar yang terjatuh di kawasan sebuah sekolah menengah di Sabah baru-baru ini tidak menunjukkan unsur jenayah atau buli.

.....

Dan rakyat Malaysia di Qatar dinasihatkan sentiasa peka dengan perkembangan sekeliling susulan keadaan di rantau Teluk yang masih tidak menentu.

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda