
BERITA| El Nino Dijangka Meningkat Kepada Super El Nino
Fenomena El Nino yang sedang berlaku ketika ini dijangka meningkat kepada Super El Nino sekitar November hingga Disember.
Menurut MetMalaysia ia berpotensi berterusan hingga awal tahun depan dengan pengurangan taburan hujan dijangkakan di negeri-negeri utara Semenanjung dan timur Sabah.
Susulan itu, orang ramai dinasihatkan supaya elak pembakaran terbuka, kurangkan aktiviti luar ketika cuaca panas dan berjerebu serta gunakan air secara berhemah.