Skip to main content

Advertisement

BERITA| Diskaun Tol 50% Sempena Aidilfitri

 

Rakyat Malaysia akan menikmati diskaun tol 50% sempena Aidilfitri bermula tengah malam ini. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata diskaun itu berkuat kuasa sehingga 11.59 malam Khamis membabitkan kenderaan persendirian Kelas 1. 

Tambah beliau, perkara terbabit untuk membantu mengurangkan kos perjalanan rakyat bagi pulang ke kampung sempena perayaan. 

..... 

Cadangan supaya penjawat awam bekerja dari rumah susulan konflik geopolitik di Asia Barat tidak membabitkan sektor pendidikan dan kesihatan buat masa ini. 

Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata ini susulan kedua-dua sektor terbabit bersifat barisan hadapan di negara ini. 

..... 

Zamri Vinoth mengaku tidak bersalah di mahkamah hari ini atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan yang berpotensi menimbulkan kegentaran awam. 

Pendakwah bebas itu diikat jamin RM4,500, menunggu kesnya didengar semula. 

..... 

Seorang lelaki menetak rakan sekerja dengan pisau di sebuah restoran di Tawau, Sabah dipercayai selepas ditegur kerana nasi belum dimasak. 

..... 

Hujan lebat dan ribut petir dijangka melanda sejumlah kawasan di Perak, Pahang, Selangor, KL, Johor, Sabah dan Sarawak petang ini. 

..... 

Dan Sri Lanka isytihar setiap hari Rabu sebagai cuti untuk institusi awam bagi menjimatkan bahan api susulan konflik Amerika Syarikat-Israel dengan Iran. 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda