Skip to main content
BERITA| Cuaca Panas Negara Beransur Pulih

Malaysia kini memasuki fasa peralihan monsun sehingga Mei.

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkata fenomena itu dijangka membawa hujan lebat dan angin kencang sekali gus meredakan cuaca panas yang melanda negara.

Tambahnya, keadaan itu juga membantu meningkatkan paras air empangan dan menurunkan suhu ekstrem di beberapa kawasan.

.....

Dalam pada itu, cuaca panas di 8 kawasan termasuk di Kelantan dan Pahang berada pada tahap berjaga-jaga dengan suhu maksimum harian boleh mencecah 37 darjah Celsius.

.....

Kerajaan mengambil langkah berjaga-jaga dalam pelarasan pelaksanaan dasar negara terutama untuk menangani kesan krisis tenaga global.

Perdana Menteri turut berkata pertahanan dan keselamatan negara dipertingkat demi memastikan kesejahteraan kerajaan dan rakyat.

.....

Sementara itu, Kementerian Komunikasi berkata lebih 100 kandungan media sosial palsu berkaitan krisis semasa termasuk kenaikan harga minyak diturunkan sejak 29 Mac.

Jelasnya, penyebaran maklumat palsu itu berlaku dalam tempoh singkat dan memerlukan tindakan pantas pihak berkuasa bagi mengekang kekeliruan orang ramai.

.....

Dan kerajaan Sabah minta rakyatnya tidak melakukan pembelian panik kerana bekalan beras di negeri itu masih mencukupi dan terkawal ketika ini.

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda