Skip to main content
BERITA| Cuaca Panas Di Sarawak Dijangka Berterusan Hingga 20 Ogos

 

BERITA| Cuaca Panas Di Sarawak Dijangka Berterusan Hingga 20 Ogos

Cuaca panas dan kurang hujan dijangka berterusan di kebanyakan kawasan di Borneo termasuk Sarawak hingga 20 Ogos ini. 

Menurut MetMalaysia, ia berpotensi meningkatkan risiko jerebu dan menjejaskan jarak penglihatan terutama di selatan Sarawak. 

Keadaan itu dipengaruhi angin dari arah selatan serta bilangan titik panas yang masih tinggi di Borneo.

 10 kawasan terus merekodkan IPU tidak sihat dengan 8 daripadanya di Sarawak termasuk Serian, Samarahan, Kuchung, Bintulu dan Sibu. 

Manakala 2 lagi kawasan di Semenanjung iaitu di Cheras, KL dan Johan Setia, Selangor.

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda