
BERITA| Caruman Skim LINDUNG 24 Jam Sukarela Bagi Pekerja Tempatan
Caruman bagi Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja, LINDUNG 24 Jam di bawah PERKESO tidak lagi bersifat mandatori untuk pekerja tempatan berkuat kuasa serta-merta.
Keputusan mesyuarat Jemaah Menteri itu sekaligus menyaksikan caruman sebanyak 0.75 peratus daripada gaji pekerja itu kini dilaksanakan secara sukarela.
Bagaimanapun, caruman Skim LINDUNG 24 Jam itu kekal mandatori bagi pekerja asing dan terus dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
Skim LINDUNG 24 Jam yang berkuatkuasa 1 Jun lalu itu bertujuan perluas perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja termasuk ketika cuti umum dan hari kelepasan am.