
BERITA| CAP Gesa Penggunaan Vape Di Usia Muda Dipandang Serius
Malaysia berdepan risiko lahirkan generasi terperangkap dalam ketagihan nikotin pada usia muda.
Trend penggunaan produk nikotin atau tembakau seperti vape dan rokok konvensional dalam kalangan kanak-kanak dan remaja membimbangkan.
Susulan itu Persatuan Pengguna Pulau Pinang gesa keadaan itu dipandang serius kerana negara kini berdepan risiko melahirkan generasi yang terperangkap dalam ketagihan nikotin pada usia muda.
Bersempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia hari ini, persatuan itu menyeru Malaysia perlu ambil tindakan berani dengan mengharamkan semua produk nikotin termasuk rokok dan vape.
Ia bagi melindungi generasi muda daripada ketagihan nikotin yang semkain membimbangkan.