Skip to main content
BERITA| Calon Dan Penyokong Diingatkan Elak Isu 3R Ketika PRN Negeri Sembilan

BERITA| Calon Dan Penyokong Diingatkan Elak Isu 3R Ketika PRN Negeri Sembilan 

Semua parti politik termasuk calon dan penyokong diingatkan supaya memastikan kempen PRN Negeri Sembilan ke-16 bebas isu agama, kaum dan institusi diraja, 3R.

Ketua Polis Negeri Sembilan turut berharap semua pihak mengelakkan sebarang bentuk provokasi temasuk perarakan haram dan penyebaran berita palsu.

Esok merupakan hari penamaan calon PRN Negeri Sembilan, diikuti proses pengundian awal pada 28 Julai manakala pengundian biasa pada 1 Ogos.

Dalam perkembangan berkaitan, lebih 22,000 anggota polis dan tentera bersama pasangan akan tunai tanggungjawab pada pengundian awal PRN Negeri Sembilan, 28 Julai ini.

Manakala, pada hari penamaan calon esok, hampir 2,400 anggota polis akan bertugas. 

Sementara itu, Perikatan Nasional mengumumkan 11 calonnya yang akan bertanding pada PRN Negeri Sembilan iaitu 5 calon PAS, 4 WAWASAN, manakala GERAKAN dan MIPP masing-masing 1 calon.

Terdahulu, Barisan Nasional mengumumkan 25 nama calonnya akan bertanding daripada keseluruhan 36 kerusia DUN, manakala baki 11 kerusi akan diumumkan rakan kerjasama.

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda