Skip to main content
BERITA| Cadang pinda akta, wajibkan pemandu mabuk bayar pampasan - Loke

 

Kementerian Pengangkutan berharap agar pemandu yang menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal di Klang, semalam dikenakan hukuman paling berat di mahkamah. 

 

Menterinya, Anthony Loke berkata kementerian gesa PDRM untuk menyegerakan siasatan kes berkenaan agar kertas siasatan dapat dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara. 

 

Terdahulu, media melaporkan seorang penunggang motosikal dirempuh sebuah kereta sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. 

__ 

 

Dalam perkembangan sama, seorang lelaki direman empat hari bagi bantu siasatan kes penunggang motosikal maut dirempuh sebuah kereta di Klang semalam. 

 

Polis berkata suspek didapati positif alkohol dan dadah dipercayai memotong beberapa kenderaan sebelum melanggar sebuah motosikal dari arah depan. 

__ 

 

Dan, Kementerian Pengangkutan sedang merangka cadangan untuk pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan. 

 

Menterinya, Anthony Loke berkata ia bagi mewajibkan pemandu bawah pengaruh alkohol membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa selain dikenakan hukuman penjara. 

 

Katanya, mengikut akta terkini, mana-mana individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah sehingga menyebabkan kematian boleh dihukum penjara tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak melebihi 15 tahun. 

 

Jika disabitkan kesalahan, ia disertakan dengan denda antara RM50,000 hingga RM100,000. 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda