Skip to main content
BERITA| Bekalan Petrol Dan Diesel Negara Masih Terkawal Ketika Ini

 

BERITA| Bekalan Petrol Dan Diesel Negara Masih Terkawal Ketika Ini

Bekalan petrol dan diesel di Malaysia masih terkawal ketika ini walaupun negara terkesan dengan konflik geopolitik dunia.

Namun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ingatkan bahawa kesan lebih besar mungkin dirasai jika konflik berkenaan berlarutan dalam tempoh 1 hingga 2 bulan lagi.

Jelas beliau, kerajaan buat masa ini masih mampu tampung tekanan kenaikan harga minyak dunia melalui subsidi, tetapi ia tidak boleh bertahan terlalu lama sekiranya perang berpanjangan.

Dalam pada itu, hasil rampasan dan kutipan penalti akibat ketirisan subsidi hampir 15 bilion ringgit dapat bantu kerajaan tampung subsidi dalam situasi krisis tenaga global ketika ini.

Perdana Menteri berkata ia hasil usaha kerajaan melawan ketirisan melalui pelbagai agensi dan organisasi dalaman hingga berjaya menyelamatkan wang negara yang hilang.

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda