
BERITA| Bekalan Minyak Negara Terkawal
Situasi bekalan minyak negara untuk tempoh sebulan atau lebih masih terkawal
Perdana Menteri berkata kerajaan sudah mengadakan perbincangan dengan PETRONAS dan syarikat minyak lain bagi memastikan bekalan minyak negara kekal mencukupi.
Jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim ia sekali gus membolehkan kerajaan meneruskan mekanisme subsidi bahan api.
Bermula hari ini, kuota BUDI95 diselaraskan kepada 200 liter sebulan berbanding 300 liter sebelum ini namun harga subsidi kekal RM1.99 seliter.
Perdana Menteri sebelum ini jelaskan langkah sementara itu diambil susulan ketidaktentuan pasaran minyak global dan kesan konflik di Asia Barat.