
BERITA| Bekalan Barangan Keperluan Asas Masih Terkawal
Perdana Menteri beri jaminan bekalan barangan keperluan asas ketika ini masih dalam keadaan terkawal.
Bagaimanapun Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemantauan berterusan akan dilakukan bagi memastikan kestabilan harga dan bekalan di pasaran terus terjamin.
Tambah beliau, mesyuarat khas akan diadakan hari ini bagi memperincikan langkah susulan dalam menilai implikasi keselamatan dan ekonomi secara menyeluruh.
Terdahulu, Menteri Dalam Negeri berkata kerajaan berdepan cabaran besar untuk mempersiapkan rakyat berdepan dengan krisis tenaga global.
Beliau berkata rakyat perlu diingatkan jangan ambil sikap selesa dengan keadaan sekarang dan pada masa sama kerajaan juga tidak mahu timbul perasaan panik dalam kalangan rakyat