Penjawat awam Persekutuan perlu memenuhi 2 syarat utama untuk Bekerja Dari Rumah.
JPA berkata mereka mesti bertugas di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor atau ibu negeri dan mempunyai jarak perjalanan melebihi 8 kilometer sehala.
Bagaimanapun sektor keselamatan dan pertahanan, kesihatan serta pendidikan dikecualikan kerana melibatkan perkhidmatan kritikal.
Pelaksanaan BDR selama 3 hari seminggu itu akan mula berkuat kuasa pada 15 April ini.
.....
Dalam perkembangan lain, bekalan petroleum negara kekal stabil dan mencukupi berikutan konflik di Asia Barat ketika ini.
Kerajaan juga bersedia melaksanakan pelan kontigensi termasuk sumber alternatif jika berlaku gangguan akibat krisis global.
.....
Sabah menegaskan sebarang pembangunan di Gunung Kinabalu perlu dinilai teliti dengan keutamaan kepada kelestarian alam dan warisan semula jadi.
Pihaknya berkata ini termasuk cadangan projek kereta kabel yang memerlukan pendekatan pembangunan yang sangat berhati-hati.
.....
Polis Selangor sedang siasat kes seorang remaja perempuan ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di sebuah rumah di Sungai Buloh.
.....
Dalam pada itu, polis sedang kesan seorang lelaki yang dipercayai terbabit kejadian gangguan seksual di MRT Kajang seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
.....
Dan perkhidmatan tren Laluan Ampang – Sri Petaling kembali beroperasi seperti biasa petang semalam selepas mengalami gangguan bekalan kuasa.