
BERITA| Bantuan Khas Kewangan RM1,500 Buat Penjawat Awam
Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM1,500 kepada 1.3 juta penjawat awam Gred Utama B dan ke bawah, termasuk lantikan kontrak.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Bantuan Khas Kewangan turut diberi kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen sebanyak RM750.
Kerajaan mendengar keresahan golongan pertengahan, M40 yang cekal bersabar meskipun turut terhimpit beban sara hidup.
Justeru Perdana Menteri mengumumkan berita gembira buat golongan M40 antaranya had pelepasan cukai individu yang tidak disemak sejak 2010 dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM12,000.
Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan sebanyak 1 mata peratusan.
Bagi memperkukuh perlindungan sosial, setiap warganegara akan didaftarkan secara automatik sebagai ahli KWSP apabila mencapai usia 18 tahun.
Perdana Menteri berkata langkah itu supaya supaya simpanan persaraan bermula lebih awal.
Kerajaan meningkatkan dana pembiayaan TEKUN kepada RM1.3 bilion bagi menyokong pembangunan usahawan Bumiputera.
RM200 juta juga diperuntukkan melalui Geran Sejahtera MADANI bagi membantu 40,000 penerima, khususnya wanita, mendapatkan peralatan dan latihan untuk mengembangkan perniagaan.
Bantuan awal persekolahan ditingkatkan daripada RM150 kepada RM200 untuk setiap murid bagi tujuan persiapan sesi persekolahan tahun depan.
Belanjawan 2027 dianggarkan berjumlah RM510 bilion berbanding RM470 bilion pada Belanjawan 2026.