Aaron Tai-Yap Roy King menjadi satu-satunya wakil negara yang berjaya tempah tiket ke suku akhir badminton Masters Jepun!
Ini selepas beregu lelaki itu cipta kejutan apabila mudah tundukkan rakan senegara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin dengan straight set.
Sementara itu, satu lagi beregu lelaki Man Wei Chong-Tee Kai Wun tersingkir selepas tewas straight set kepada gandingan Denmark.
Turut terima nasib sama, beregu campuran Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing yang kalah di tangan pilihan utama kejohanan dari China.