Skip to main content

Advertisement

SUKAN| Kos Rawatan Hafizuddin Roslin Ditanggung Sepenuhnya Oleh MSN

 

SUKAN| Kos Rawatan Hafizuddin Roslin Ditanggung Sepenuhnya Oleh MSN

Kos rawatan dan perubatan atlet angkat berat negara, Muhammad Hafizuddin Roslin yang terlibat kemalangan jalan raya, Isnin lalu akan ditanggung sepenuhnya oleh MSN. 

Menteri Belia dan Sukan berkata ia merangkumi rawatan susulan dan penginapan di wad sehingga atlet berkenaan dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur. 

Manakala elaun latihannya akan diteruskan seperti biasa berdasarkan kadar kelayakan semasa. 

Semakan MSN turut mendapati pemenang pingat emas kategori 88 kg lelaki Sukan Komanwel Glasgow 2026 itu layak terima manfaat polisi insurans kira-kira RM120,000. 

Isnin lalu, atlet angkat berat negara itu alami kecederaan serius dalam kemalangan jalan raya dan tangan kanannya terpaksa dipotong bagi elak komplikasi serius.

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda