Skip to main content

Advertisement

SUKAN| Gandingan Semula Arif-Haikal Tekad Cipta Kebangkitan Di India

 

Arif Junaidi mahu memastikan sekurang-kurangnya satu gelaran dibawa pulang menerusi tiga kejohanan yang akan disertainya di India bermula hari ini hingga 13 Disember depan.

 

Menurut Arif, peluang kembali bergandingan bersama Haikal Nazri selepas empat tahun adalah kesempatan terbaik untuk menjadikannya sebagai titik permulaan kebangkitan mereka.

 

Katanya, sebagai permulaan, beregu lelaki negara itu akan memastikan tempat ke suku akhir terlebih dahulu sebelum sasar kedudukan yang lebih baik.

 

Arif-Haikal bakal memulakan cabaran pada Kejohanan Badminton Antarabangsa India, hari ini berdepan gandingan Indonesia pada aksi pertama.

 

Turut beraksi, beregu wanita Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah yang dijadual bertemu gandingan tuan rumah.

 

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda